Pages

art attack !

assalamualaikum..:47:

hehe..err.. xtau daa nak tulis sal ape.. hmm..

ha ! dapat pon idea ! nak cerita or dalam bahasa yang mudah nak wat demonstrasi (macam xsesuai ayat uh) macam mana nak wat no 11 ! hihihi.. :98:

senang jea nak wat .. mula2 kene ada idea dulu apa yang nak dibuat .. bentuk apa and what for.. haha..

firstly, kene ade bahan-bahan die dulu..

1.gabus
2. pisau (pastikan tajam ! huhu)
3. tisu yang banyak
4. gam yang baru dibeli ! hihihi
5. set warna air

lepas daa ader everything seperti yang tertakluk di atas uh,boleh laa memulakan kerja..

pastikan segala nset n nfon dimatikan o disilentkan bagi mengelak gangguan2 halus yang boleh melambatkan kerja.. haha.. (letak jea nset dalam bilik) :face15:

mula2 design bentuk yang diingini uh atas gabus uh.. i pilih untuk wat bentuk no 11 and a pair of mahkota.. yeah ! hihi.. macam maharajalawak punyer crown ! hihi

so,daa siap design, boleh laa potong2.. unfortunately, time tengah khusyuk and fokus yang terlebih menyebabkan jari terpotong sekali.. huhuhu.. (dramatik sangat guna ayat 'terpotong sekali') hahha.. sikit jea kowt..lepas da siap potong,sapukan gam pada hasil kerja tadi n lekatkan dengan tisu.. buat sampai semua tempat dilekatkan dengan tisu bagi melancarkan proses mewarna nanti.. hihihi.. so,hasilnya adalah seperti rajah di bawah ini .


cantik tak ? huhuhu.. penat tau buat benda nie ! hihihi

tapi seronok ! :face46:

lepas daa siap wat macam kat atas uh.. kene pilih warna yang sesuai..
mula2,i warna yang paling senang dulu,iaitu crown uh.. so jadi laa mcm yg kat bawah nie

pas2,bila daa siap macam nie.. macam xlawa pulak. coz juz ada satu warna jea.. mungkin bagi kanak2 bawah umur,itu da memadai.. tpi kalu bagi orang yang 'banyak mulut' (bak kate someone over there ) nie,perlukan warna yang striking ! macam warna merah ! yeahh ! one of my fav color.. hihihi

so,hasilnya macam ni laa..

comelkan ! hihi.. cuma yang belah kanan uh,comot sikit..hihihi..

bila daa siap yang uh, masa yang ditunggu2 untuk kaler no 11 ! hihihi

mula2 uh konfius jugak nak warnakan camana.. samada hitam as a border or putih.. tapi ttibe2 muncul idea polka dots ! hihihi.. double comel ! :95:

so,jadilaa die macam nie

hahahha.. senang dan mudah ! cuma mengambil mase sahaja untuk tunggu gam kering before warna & lepas warna.. hihi

*ade yang tanya,impossible laa no 11 uh juz untuk menyatakan sokongan pada terengganu.. haha.. so,i jawab untuk u, alya .. hihi.. yeah ! mmg ada 2 maksud pada no 11 uh.. hahha.. yg pertama,memang untuk team terengganu n yg kedua uh.. errr.. hahaha.. untuk sesapa yang pakai jersi no 11 .. hahha..

adakah anda seorang daripada pemilik jersi no 11 ? jika ya, bertuah laa anda mempunyai fan seperti saya ! hahha..


adakah anda ada dalam pic di atas ? n adakah no 11 ada dalam pic itu ? haha.. cari laa kalau dapat.. *mmg xde pun no 11 pada mana2 baju player2 bola uh.. hahaha

-sekian-



Tak Kan Suka Je Kot ? Komenla Sekali

IPTIM :)

assalamualaikum..

da lama tak wat post kat belog nie.. bersawang daa .. haha !

banyak cerita nak kongsi sebenarnya.. pasal raya,stadi, n paling penting duit raya !! hahaha

hmm .. lagi 2 minggu final exam.. semua orang sibuk menstadikan diri .. tapi saya ? hihi .. tak perlu laa tanya .. setiap masa berkepit ngan buku-buku m3 jea.. subjek lain tak bersentuh pun ..hihi

actually,hostel saya ni menghadap padang .. so, kalau rasa stress uh,just tgok jea ke bawah .. hahaha.. tenang sikit kowt tengok orang lalu lalang .. haha !! (actually,ada budak2 main bola petang2) hihihi

so, bila cakap pasal bola,maksud saya sukan,teringat plak pasal IPTIM .. apa uh IPTIM ?
Institut Pengajian Tinggi Islam Malaysia .. yeah !

IPTIM uh pasal sukan laa.. macam hari sukan laa kiranya just ianya ditambah dengan penyertaan ipt lain .. so,tahun ni UIA jadi tuan rumah .. hihihi .. so,bila daa jadi tuan rumah mesti laa everything kena tuan rumah yang handle terutamanya dari segi urusetia ! yeah !! URUSETIA !! huhuhu

kalau ikutkan tentatif,program uh berlangsung time cuti sem ! cuti sem plak 3 bulan lebih.. memang terbaikkk ! hihihi .. tapi bila daa tanya pendapat orang tu orang ni, jawapannya,x boleh join.. so,kena laa akur walaupun saya nak sangat join !! -,-

so,itu je laa dulu post kali nie .. huhhu .. lenkali nak cerita pasal raya and 'gewe' plop ! hahahha .. oppsss .. haha

-JAZAKALLAHU KHAIRA-



Tak Kan Suka Je Kot ? Komenla Sekali

exam..??

assalamualaikum..

ha! kali ni saya nak bercerita mengenai exam..apa itu exam..?? kertas-kertas yang mengandungi soalan dan perlu diisi dengan jawapan..?? (yeah! itulah yang biasa dilihat bagi pelajar-pelajar sekolah) dan semua orang melaluinya...

tapi,sepanjang saya bersekolah rata-rata para pelajar belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan bukan untuk masa depan...percaya atau tidak?? (seharusnya anda percaya)
bagi yang masih bersekolah,cuba fikirkan adakah selama ini anda belajar untuk sekadar mendapat 40 markah dalam peperiksaan.?

contohnya :

CIKGU : ok ! minggu depan awak semua akan exam ... untuk subjek saya,saya mahu anda semua dapat B ke atas..kalau ada yang lebih rendah daripada itu,anda akan dihukum..

PELAJAR : Baiklah cikgu!

**********************************

hehe..itulah realitinya.. pelajar bertungkus lumus stadi kerana takutkan tindakan yang bakal dihadapi jikalau fail... sepatutnya para pelajar menjadikan hukuman yang bakal dikenakan itu sebagai satu cabaran.. GURU ANDA SEDANG MENCABAR ANDA bukan menakutkan anda... (think positive)
lakukanlah sesuatu tugasan(exam) itu untuk masa depan anda bukan kerana takutkan guru atau sebagainya.. Mereka (guru-guru) membantu anda untuk berjaya tetapi hanya anda sahaja lah yang mampu menggerakkan diri sendiri untuk berjaya.. ^___^ dan jangan sesekali melupakan mereka setelah anda berjaya kelak.. ucapkanlah TERIMA KASIH disaat anda berjaya.. Malah,jikalau anda gagal dalam hidup jangan sesekali salahkan guru.. Mungkin anda pernah melakukan kesilapan terhadap mereka.. fikir-fikirkanlah..

**************************************

KEADAAN SEBELUM PEPERIKSAAN


hahaha..inilah yang biasa terjadi dalam kalangan pelajar malah turut terjadi pada pelajar-pelajar U dan sebagainya...

anda masih tidak percaya .? cubalah minta pendapat amalina,liyana selaku pelajar lepasan sekolah..pasti mereka mempunyai pendapat yang sama.. ^___^ ..



lastly,disini juga saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan "gudluck deyh" kepada mereka-mereka yang bakal menempuhi peperiksaan khususnya khairul anuar and afiQ ab Rahman.. (coz korg jer yang saya tau nak exam) hahaha... ^___^


Tak Kan Suka Je Kot ? Komenla Sekali

short story ^______^

assalamualaikum..
pada kali ini saya ingin share short story dengan anda..mungkin ianya nampak simple tapi penuh dengan makna..:9:

**************************

Pada suatu hari,seorang murid bertanya kepada gurunya.. Ketika itu gurunya sedang mengajar tentang kasih sayang.. Maka berlaku perbualan antara mereka..razz

PELAJAR : Cikgu,macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?Macam mana kasih sayang itu berkekalan.?

Cikgu : Kamu ikut apa yang saya suruh.. Kamu pergi ke padang..Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepanmu..Pilih yang paling cantik tanpa menoleh
ke belakang lagi walau sekali..Petik rumput yang paling cantik,dan bawalah ke
kelas..

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun ditangannya..

CIKGU : kenapa tiada rumput yang dipilih..?

Pelajar : Tadi masa saya berjalan,saya cari rumput yang paling cantik..Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik,maka saya pun terus berjalan ke
depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.. Tapi
sampai di penghujung padang,saya tidak jumpa pun yang paling cantik..Mungkin
ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi cikgu cakap
tidak boleh menoleh ke belakang semula..Jadi tiadalah rumput yang saya boleh
petik..

CIKGU : Itulah jawapannya.. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu..Kita patut hargai orang
yang berada di depan kita sebaik-baiknya..Jangan kita menoleh ke belakang lagi
kerana yang berlaku tetap berlaku dan takkan berulang lagi..Ingatlah orang
yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik..Walaupun
sebenarnya banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput..:face64:




Tak Kan Suka Je Kot ? Komenla Sekali