Pages

exam..??

assalamualaikum..

ha! kali ni saya nak bercerita mengenai exam..apa itu exam..?? kertas-kertas yang mengandungi soalan dan perlu diisi dengan jawapan..?? (yeah! itulah yang biasa dilihat bagi pelajar-pelajar sekolah) dan semua orang melaluinya...

tapi,sepanjang saya bersekolah rata-rata para pelajar belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan bukan untuk masa depan...percaya atau tidak?? (seharusnya anda percaya)
bagi yang masih bersekolah,cuba fikirkan adakah selama ini anda belajar untuk sekadar mendapat 40 markah dalam peperiksaan.?

contohnya :

CIKGU : ok ! minggu depan awak semua akan exam ... untuk subjek saya,saya mahu anda semua dapat B ke atas..kalau ada yang lebih rendah daripada itu,anda akan dihukum..

PELAJAR : Baiklah cikgu!

**********************************

hehe..itulah realitinya.. pelajar bertungkus lumus stadi kerana takutkan tindakan yang bakal dihadapi jikalau fail... sepatutnya para pelajar menjadikan hukuman yang bakal dikenakan itu sebagai satu cabaran.. GURU ANDA SEDANG MENCABAR ANDA bukan menakutkan anda... (think positive)
lakukanlah sesuatu tugasan(exam) itu untuk masa depan anda bukan kerana takutkan guru atau sebagainya.. Mereka (guru-guru) membantu anda untuk berjaya tetapi hanya anda sahaja lah yang mampu menggerakkan diri sendiri untuk berjaya.. ^___^ dan jangan sesekali melupakan mereka setelah anda berjaya kelak.. ucapkanlah TERIMA KASIH disaat anda berjaya.. Malah,jikalau anda gagal dalam hidup jangan sesekali salahkan guru.. Mungkin anda pernah melakukan kesilapan terhadap mereka.. fikir-fikirkanlah..

**************************************

KEADAAN SEBELUM PEPERIKSAAN


hahaha..inilah yang biasa terjadi dalam kalangan pelajar malah turut terjadi pada pelajar-pelajar U dan sebagainya...

anda masih tidak percaya .? cubalah minta pendapat amalina,liyana selaku pelajar lepasan sekolah..pasti mereka mempunyai pendapat yang sama.. ^___^ ..



lastly,disini juga saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan "gudluck deyh" kepada mereka-mereka yang bakal menempuhi peperiksaan khususnya khairul anuar and afiQ ab Rahman.. (coz korg jer yang saya tau nak exam) hahaha... ^___^


Tak Kan Suka Je Kot ? Komenla Sekali

short story ^______^

assalamualaikum..
pada kali ini saya ingin share short story dengan anda..mungkin ianya nampak simple tapi penuh dengan makna..:9:

**************************

Pada suatu hari,seorang murid bertanya kepada gurunya.. Ketika itu gurunya sedang mengajar tentang kasih sayang.. Maka berlaku perbualan antara mereka..razz

PELAJAR : Cikgu,macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?Macam mana kasih sayang itu berkekalan.?

Cikgu : Kamu ikut apa yang saya suruh.. Kamu pergi ke padang..Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepanmu..Pilih yang paling cantik tanpa menoleh
ke belakang lagi walau sekali..Petik rumput yang paling cantik,dan bawalah ke
kelas..

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun ditangannya..

CIKGU : kenapa tiada rumput yang dipilih..?

Pelajar : Tadi masa saya berjalan,saya cari rumput yang paling cantik..Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik,maka saya pun terus berjalan ke
depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.. Tapi
sampai di penghujung padang,saya tidak jumpa pun yang paling cantik..Mungkin
ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi cikgu cakap
tidak boleh menoleh ke belakang semula..Jadi tiadalah rumput yang saya boleh
petik..

CIKGU : Itulah jawapannya.. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu..Kita patut hargai orang
yang berada di depan kita sebaik-baiknya..Jangan kita menoleh ke belakang lagi
kerana yang berlaku tetap berlaku dan takkan berulang lagi..Ingatlah orang
yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik..Walaupun
sebenarnya banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput..:face64:




Tak Kan Suka Je Kot ? Komenla Sekali